Bank Soalan

Tajuk 1 : Perbezaan Undang-Undang dan Syariat Islam
1.      Terangkan Konsep Allamiyah dan Umumiyah ?

Menjadi rahmat kepada alam
Petunjuk seluruh umat manusia
Peraturan sejagat pada semua masa dan tempat
Bukan perundangan hanya untuk satu jenis manusia, negara, dan kabilah tertentu

2.      Apakah yang membuktikan bahawa undang-undang Islam itu kekal?

+ Dibina atas asas kemaslahatan dan menolak         kerosakan
-  pelihara kepentingan manusia dan menolak kerosakan
-          Kebanyakan hukum disebutkan bersama illat atau sebab
-          Al-Baqarah : 179, 222
-          Al-Maidah : 91
-          Al-Anfal : 66
-  disyariatkan rukhsah ketika terdapat masyaqqah dalam melaksanakan hukum-hukum
-          Merangkumi segala kepentingan manusia, berhubung kait dengan Daruriyyah atau Hajiyah atau Tahsiniyyah
+Prinsip Syariat dan tabiat hukumnya
        -Terbahagi kepada dua:
      - hukum-hukum yang terperinci
      - prinsip-prinsip yang umum
+. Sumber-sumber hukum
-          Bersifat fleksibel
-          Al-Quran dan Al-Sunnah
-          Cara Ijmak dan Ijtihad untuk masalah yang tiada nas yang bekaitan
3.      Apakah yang dimaksudkan dengan syumul?
Maksudnya mencakupi semua urusan
      - akidah          
- akhlak                      
-perkataan dan perbuatan manusia dalam    hubungan mereka dengan yang lain (Al-       Fiqh)
Tajuk 2 : Sumber Syariah Islam
4.      Senaraikan sumber syariah yang disepakati
-Al-Quran
-As-sunnah
-Ijmak
-Qiyas

5.      Jelaskan maksud Qiyas dari segi bahasa dan istillah.
-Bahasa: menyamakan, membandingkan atau mengukur
-Istilah: Menetapkan hukum suatu kejadian atau peristiwa yang tidak ada dasar nasnya dengan cara membandingkannya kepada suatu kejadian atau peristiwa yang lain yang telah ditetapkan hukumnya berdasarkan nas kerana ada persamaan illat antara kedua kejadian atau peristiwa itu.

6.      Senaraikan 3 perkara yang boleh berlaku ijmak.
-Pendidikan
-Pemerintahan
-Politik
-Ekonomi
-Ketenteraan
-Kemasyarakatan
-Hal-hal duniawi yang lain-lain

Tajuk 3 : Al-Quran dan Sejarah Pemeliharaannya.

7.      Nyatakan nama-nama lain bagi Al-Quran beserta maksudnya.
-Al Furqan
a.      Pemisah hak dan batil
-Al-Zikr
b.      Peringatan
-Al-Kitab
c.       Penulisan
-Al-Tanzil
d.      Yang diturunkan

8.      Berpakah peringkat Al-quran diturunkan? Nyatakan.
-3 peringkat
-Luhmahfuz – Langit dunia – Rasullullah

9.      Apakah antara fadhilat membaca Al-Quran?
-Mendapat pahala dan rahmat Allah
-Mendapat ketenangan jiwa
-Membimbing akal
-Mengawal nafsu

Tajuk 4 : Hadis dan Sunnah
10.  Nyatakan 4 jenis sunnah dan maksudnya
-Hadis perkataan( qauliyyah ) : iaitu hadis yang lahir dari perkataan dan pertuturan Nabi s.a.w.
-Hadis perbuatan( fi’liyyah ) : iaitu hadis yang terbit dari perbuatan Nabi s.a.w.
-Hadis pengakuan( taqririyyah ) : iaitu pengakuan Nabi samada secara jelas ataupun diam.
-Hadis sifat( sifat ) : iaitu hadis yang lahir daripada sifat Nabi samada sifat akhlak atau sifat kejadian

11.  Apakah yang dimaksudkan dengan hadis mutawatir?
-    diriwayatkan oleh beberapa orang perawi yang saling menyampaikan hadis dan yakin hadis itu tidak didustakan kerana bilangan mereka yang ramai.

12.  Hadis bermaksud …….
-Perkara yang berkisar dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. dan apa yang disandarkan kepada Rasulullah dari segi perbuatan, pengakuan, sifat, akhlak, dan sifat kejadiannya.

Tajuk 6 : Sejarah Perundangan Islam .
13.  M
14.  M
15.  M

Tajuk 7 : Zaman Taqlid.
16.  Apakah nama lain Zaman Taklid?
-Dikenali juga sebagai zaman kebekuan dan zaman kebantutan

17.  Bilakah berlakunya zaman taklid?
-Pertengahan abad ke 4H

18.  Apakah factor yang menyebabkan berhentinya kegiatan ijtihad?
-Perpecahan Negara islam
-imam-imam Mujtahid di Zaman ketiga berpecah.
-Sebilagan ulama tidak mencapai taraf Mujtahid.
-Para ulama diserang penyakit keruntuhan akhlak.
Tajuk 8: Ijtihad
19.  Terangkan definisi Ijtihad dari segi bahasa dan Istilah.
- BAHASA : menggunakan usaha dan keupayaan bagi mencapai sesuatu dengan kepayahan dan kesusahan
- Istilah : mencurahkan segala akal pemikiran dan kesungguhan untuk mendapatkan sesuatu hukum syarak mengenai sesuatu permasalahan dengan jalan istimbat daripada Al-Quran dan Hadis.
Ijtihad berasal daripada kata ijtihada (اجتهد), yang bermaksud menggunakan tenaga sepenuhnya.

20.  Siapakah Mujtahid?
- Mujtahid pula ialah ahli fekah yang mencurahkan segala kesungguhan dan ketekunan untuk mendapatkan hukum syarak daripada sesuatu dalil terperinci atau tafsili dari dalil-dalil syariat
- Mereka mempunyai kemampuan untuk mengkaji,menyelidik dan mendapatkan hukum syara’ yang amali dari dalil-dalil terperinci.

21.  Sebutkan 3 rukun Ijtihad.
- Al-Mujtahid, iaitu orang yang berijtihad
- Al-Mujtahad fih, iaitu usaha
-Ijtihad.